Hasil cadangan rekabentuk pusat-pusat latihan belia kampung Permatang Sepam Benut yang dihasilkan sepuluh pelajar Senibina UTM telah dipersembahkan kepada penduduk-penduduk kampung pada 20 Disember 2013. Turut hadir ialah ketua kempung iaitu En Buang.
Para pelajar berpeluang mempersembahkan cadangan rekabentuk masing-masing. Pusat latihan belia kampung yang dicadangkan adalah sebagai tempat melatih para belia kampung di sekitar mukim Benut Pontian di dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran meningkatkan hasil tanaman komoditi di kamlung, tanaman sayur-sayuran, kemahiran membuat barangan kraftangan, kemahiran membuat kek/pastri, kemahiran ICT, kemahiran membuat gasing, kemahiran ternakan, kemahiran tanaman herba, kemahiran perubatan tradisional dan lain-lain.
Latihan yang dicadangkan merangkumi aspek kemahiran teknikal, pengilangan, pembungkusan dan pemasaran.
Setiap cadangan bangunan mengandungi ruang pejabat, ruang kuliah, ruang bengkel, ruang kemahiran teknikal dan sebagainya.